Monday, April 09, 2012

Sunday, April 10, 2011

FC Barcelona B (Skuad Pelapis)












Pemain-pemain yang bakal menggantikan tempat Lionel Messi, Xavi Hernandez, Andres Iniesta, David Villa dll suatu hari nanti....

Info Link #1:
http://en.wikipedia.org/wiki/Barcelona_B

Info Link #2:
http://www.fcbarcelona.cat/web/english/futbol/futbol_b/index.html

Tuesday, January 11, 2011

Pemain Idolaku Zaman Kanak-Kanak


















- Ketua pasukan paling lama dalam sejarah kelab Manchester United (1982–1994).
- Ketua pasukan England (1982–1991).
- Terkenal dengan gelaran "Captain Marvel".
- Tersenarai di dalam Football League 100 Legends & English Football Hall of Fame.
- Tersenarai di dalam 16 pemain terhebat dalam sejarah kelab West Bromwich Albion (WBA).
- Penjaring gol kedua terpantas dalam sejarah Piala Dunia (27 saat, England vs. France, Piala Dunia 1982).

Info Link #1:
http://en.wikipedia.org/wiki/Bryan_Robson

Info Link #2:
http://www.manutd.com/en/Players-And-Staff/Legends/Bryan-Robson.aspx

Monday, June 28, 2010

ENGLAND! Kan Aku Dah Cakap







Untuk kesekian kalinya, ENGLAND pasukan "glamer" pilihan ramai untuk menjadi juara Piala Dunia 2010, kempunan lagi. Wayne Rooney yang diramal bakal menjadi antara penjaring terbanyak, pulang tanpa menghasilkan sebarang gol.

Pada Piala Dunia 1998, 2002 & 2006 yang lalu pun, England menjadi pilihan ramai untuk menjadi juara dengan adanya pemain "emas" David Beckham & Michael Owen namun kempunan juga. Pada edisi kali ini, England bergantung kepada 4 pemain "bintang" iaitu Wayne Rooney, Steven Gerrard, Frank Lampard & John Terry namun kempunan juga lagi.

David James sudah berusia 40 tahun, merupakan penjaga gol yang bertungkus-lumus untuk menyelamatkan kelabnya, Portsmouth daripada turun ke Liga Kejuaraan (dah turun pun!), bukannya bertungkus-lumus untuk merangkul Juara EPL ataupun Liga Juara-Juara Eropah! Ini menunjukkan bahawa England ketandusan penjaga gol yang berpengalaman. Nak harapkan "keeper" The Big Four, semuanya "keeper" import.

Pada EURO 2012 & Piala Dunia 2014 nanti, England akan menjadi pilihan ramai untuk menjadi juara lagi tapi dengan pemain "bintang" mana pula? Sama-samalah kita tunggu & lihat....

HAKIKATNYA! Biar banyak manapun The Big Four (MU, Chelsea, Arsenal & Liverpool) berjaya meraih piala demi piala dengan bantuan 99.9% bintang import, maka selagi itulah England akan kempunan & terus kempunan.

SELAMAT JALAN ENGLAND, Target suku akhir rupanya pusingan kedua!