Sunday, November 15, 2009

7 Fakta Menarik Tentang Bolasepak










# Denmark mencipta kejutan terbesar dalam sejarah EURO/Kejohanan Negara-Negara Eropah apabila berjaya menjulang piala itu pada tahun 1992. Denmark sebenarnya tidak layak untuk beraksi di pusingan akhir tetapi telah dijemput pada saat-saat akhir oleh UEFA bagi menggantikan Yugoslavia yang digantung akibat Perang Bosnia. Denmark merupakan naib juara kumpulan 4 di belakang Yugoslavia pada pusingan kelayakan. Siapa sangka daripada pasukan jemputan "last minute", akhirnya Denmark menjadi juara.

# Sejak Liga Juara-Juara Eropah diperkenalkan pada musim 1992/93 bagi menggantikan Piala Eropah, belum ada lagi pasukan yang berjaya memenanginya 2 musim berturut-turut.

# Arsenal mencipta rekod bolasepak Inggeris apabila berjaya mengharungi 49 perlawanan tanpa kalah termasuk 38 perlawanan liga musim 2003/04, seterusnya menjuarai EPL pada musim tersebut. Rekod sebelum ini dipegang oleh kelab Preston North End pada musim 1888/89 tapi hanya 22 perlawanan liga sahaja yang berlangsung.

# Pemain AC Milan, Clarence Seedorf mencipta sejarah sebagai satu-satunya pemain bolasepak yang berjaya menjulang 5 Piala Liga Juara-Juara Eropah bersama 3 kelab berbeza. (Ajax Amsterdam - 1995, Real Madrid - 1998, 2000, AC Milan - 2003, 2007)

# Brazil merupakan negara tunggal yang beraksi dalam setiap pusingan akhir Piala Dunia.

# Pemain Turki, Hakan Sukur merupakan penjaring gol terpantas dalam sejarah Piala Dunia. Dia hanya memerlukan 10.8 saat sahaja untuk melakukannya semasa beraksi menentang Korea Selatan pada Piala Dunia 2002.

# Bora Milutinovic, jurulatih kelahiran Serbia (Yugoslavia) merupakan satu-satunya jurulatih yang berjaya membawa 5 negara berbeza ke pusingan akhir Piala Dunia. Negara-negara tersebut adalah Mexico (1986), Costa Rica (1990), Amerika Syarikat (1994), Nigeria (1998) dan China (2002). 4 pasukan bimbingannya berjaya melangkah ke pusingan kedua kecuali China. Tidak hairanlah beliau mendapat gelaran "MIRACLE WORKER".

** Sumber drpd http://en.wikipedia.org/wiki/Main_Page

Tuesday, November 10, 2009

2 Insan Hebat Dalam Sejarah Piala Dunia
























Saya pasti ramai yang tidak mengenali 2 insan hebat di atas dan apakah kehebatan mereka di dalam sukan bolasepak khasnya Piala Dunia.

Untuk info, mereka adalah MARIO ZAGALLO(BRAZIL) -bawah dan FRANZ BECKENBAUER(JERMAN) -atas. Kehebatan mereka adalah kerana HANYA MEREKA BERDUA SAHAJA YANG PERNAH MEMENANGI PIALA DUNIA SEBAGAI PEMAIN & PENGURUS PASUKAN.

MARIO ZAGALLO:
PIALA DUNIA 1958 - PEMAIN
PIALA DUNIA 1962 - PEMAIN
PIALA DUNIA 1970 - PENGURUS PASUKAN

FRANZ BECKENBAUER:
PIALA DUNIA 1974 - PEMAIN
PIALA DUNIA 1990 - PENGURUS PASUKAN

Sunday, November 08, 2009