Sunday, November 15, 2009

7 Fakta Menarik Tentang Bolasepak










# Denmark mencipta kejutan terbesar dalam sejarah EURO/Kejohanan Negara-Negara Eropah apabila berjaya menjulang piala itu pada tahun 1992. Denmark sebenarnya tidak layak untuk beraksi di pusingan akhir tetapi telah dijemput pada saat-saat akhir oleh UEFA bagi menggantikan Yugoslavia yang digantung akibat Perang Bosnia. Denmark merupakan naib juara kumpulan 4 di belakang Yugoslavia pada pusingan kelayakan. Siapa sangka daripada pasukan jemputan "last minute", akhirnya Denmark menjadi juara.

# Sejak Liga Juara-Juara Eropah diperkenalkan pada musim 1992/93 bagi menggantikan Piala Eropah, belum ada lagi pasukan yang berjaya memenanginya 2 musim berturut-turut.

# Arsenal mencipta rekod bolasepak Inggeris apabila berjaya mengharungi 49 perlawanan tanpa kalah termasuk 38 perlawanan liga musim 2003/04, seterusnya menjuarai EPL pada musim tersebut. Rekod sebelum ini dipegang oleh kelab Preston North End pada musim 1888/89 tapi hanya 22 perlawanan liga sahaja yang berlangsung.

# Pemain AC Milan, Clarence Seedorf mencipta sejarah sebagai satu-satunya pemain bolasepak yang berjaya menjulang 5 Piala Liga Juara-Juara Eropah bersama 3 kelab berbeza. (Ajax Amsterdam - 1995, Real Madrid - 1998, 2000, AC Milan - 2003, 2007)

# Brazil merupakan negara tunggal yang beraksi dalam setiap pusingan akhir Piala Dunia.

# Pemain Turki, Hakan Sukur merupakan penjaring gol terpantas dalam sejarah Piala Dunia. Dia hanya memerlukan 10.8 saat sahaja untuk melakukannya semasa beraksi menentang Korea Selatan pada Piala Dunia 2002.

# Bora Milutinovic, jurulatih kelahiran Serbia (Yugoslavia) merupakan satu-satunya jurulatih yang berjaya membawa 5 negara berbeza ke pusingan akhir Piala Dunia. Negara-negara tersebut adalah Mexico (1986), Costa Rica (1990), Amerika Syarikat (1994), Nigeria (1998) dan China (2002). 4 pasukan bimbingannya berjaya melangkah ke pusingan kedua kecuali China. Tidak hairanlah beliau mendapat gelaran "MIRACLE WORKER".

** Sumber drpd http://en.wikipedia.org/wiki/Main_Page

2 comments:

RABUN said...

menarik ni....infomasi yang pelbagai

@r zh@r said...

bagus info mu ni... nanti kawe add link mu kat blog kawe...